Sindrom Terowong Karpus

Sindrom terowong karpus adalah satu keadaan yang boleh terjadi apabila saraf median, penyedia utama sensasi ke tangan dan jari-jari anda, menjadi termampat dalam terowong karpal. Terowong karpal dibentuk oleh lapan tulang pergelangan tangan (karpal) dan ligamen carpal melintang. Terowong bertindak sebagai laluan di pergelangan tangan anda yang mana saraf median dan sembilan tendon melalui tangan anda. Pemampatan saraf median, yang berlaku disebabkan oleh penyempitan ruang di dalam terowong, mungkin disebabkan oleh keadaan seperti bengkak pada lapisan tisu  terowong, penahanan cecair, kehadiran sista ganglion, struktur otot yang tidak normal, atau keadaan– keadaan yang lain. Dalam kebanyakkan kes, puncanya adalah tidak diketahui.

APAKAH TANDA– TANDANYA?

Anda mungkin merasa seolah-olah tangan anda “tertidur”. Kebiasaannya, jari telunjuk dan jari tengah anda yang paling terjejas, tetapi sensasi mungkin berlaku sepanjang tangan anda. Jika gejala baru sahaja bermula, anda mungkin akan terbangun dari tidur dengan rasa kebas atau sakit, dan mungkin akan berasa lega apabila anda menggoncang atau menggosok tangan anda. Pada peringkat seterusnya, rasa kebas itu boleh menjadi berterusan.

APAKAH RAWATANNYA?

Dalam kebanyakan kes, rawatan anda akan bermula dengan pendekatan tanpa pembedahan yang boleh melegakan gejala-gejala yang dihidapi. Kebanyakan pesakit berasa lega dengan hanya mengubah suai aktiviti-aktiviti mereka untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong karpal, dan memakai gelang untuk  menjaga pergelangan tangan mereka dalam kedudukan yang neutral.Suntikan steroid juga boleh digunakan untuk melegakan gejala yang dihidapi. Mengambil ubat seperti vitamin B6 atau ubat nonsteroidal anti- radang, boleh digunakan bagi sesetengah pesakit untuk melegakan gejala.Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan fizikal. Kajian aliran saraf dan elektromiografi boleh digunakan untuk mengesahkan diagnosis dan menilai tahap keparahan keadaan anda.Jika kaedah tanpa pembedahan tidak berjaya, pembedahan mungkin disarankan. Matlamat pembedahan adalah untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong karpal untuk mengurangkan kemampatan pada saraf median.

Jika anda mempunyai tanda-tanda sindrom terowong karpus, anda seharusnya rujuk kepada pakar perunding bedah tangan untuk rawatan. Di Pusat Pakar Perubatan Alpha, anda boleh merujuk kepada Pakar Perunding Tangan dan Pembedahan Mikro, Dr. Terence Tay. Temujanji boleh dibuat melalui talian 03 – 6141 8533.

Advertisements